Anda Di Sini : Laman Utama > Berita > Tips! - Panduan Memandu Ketika Kecemasan

Terpaksa Berhenti di Lebuhraya:

  • Berikan isyarat dan susur keluar di bahu lebuh raya dengan perlahan.
  • Lampu hadapan dinyalakan rendah pada waktu senja, malam dan hujan.
  • Nyalakan lampu sebelah dalam kenderaan dan lampu isyarat kecemasan.
  • Jika kenderaan berhenti di selekoh atau atas puncak bukit dan kawasan bahaya, keluarkan penumpang jauh dari aliran lalu lintas.
  • Pastikan peralatan kecemasan diletakkan dalam jarak 5 meter di belakang kenderaan.
  • Angkat bonet dan dapatkan bantuan.


Cermin Hadapan Pecah:

  • Perlahankan kenderaan, jenguk melalui tingkap dan berhenti di tempat yang selamat.
  • Rentang gebar atau kain atas papan pemuka dan letakkan serpihan kaca atas gebar atau kain berkenaan.
  • Lindungi mata dengan memakai kaca mata.
  • Gantikan cermin hadapan yang pecah dengan segera.


Menghadapi Kemalangan:

  • Had laju yang rendah boleh mengurangkan daya impak. Hala ke arah bahu jalan di sebelah kiri dan pandu keluar dari jalan raya.
  • Bunyikan hon dan nyalakan lampu hadapan. Jangan cuba membelok ke sebelah kanan kerana pemandu kenderaan mungkin terkejut dan melanggar anda.


Sumber Maklumat: http://www.kereta2u.blogdrive.com

© Copyright Fieldcon.org 2008 All Right Reserved.
Powered By eZ Find Solution
We have English Chinese Melayu Version