|
Memandu ketika hujan lebat memberi kelebihan serta
kesan baik untuk sistem penyejukkan, tetapi pada masa yang sama pandangan
pemandu kurang jelas manakala permukaan jalan yang basah dan licin boleh
mengakibatkan peratusan kemalangan yang tinggi.
Ada dua aspek
sebagai panduan jika berdepan situasi sedemikian. Aspek pertama berkaitan
kenderaan yang dipandu, Iaitu:-
1.
Pastikan tiada kebocoran pada bahagian bawah kenderaan
2.
Semua pintu mempunyai dakapan (seal) yang baik
3.
Pastikan tiada kebocoran pada bahagian injin, kotak gear,
galas dan bearing. Ini kerana air boleh memasuki bahagian yang bocor akibat
tekanan arus tinggi dan ketika meredah jalan dinaiki air
4.
Sistem klac, sistem brek serta brek tangan dalam keadaan
baik
5.
Keadaan bunga tayar yang baik bagi cengkaman sepenuhnya
6.
Pengelap (wiper), horn dan sistem elektrial iaitu
bahagian lampu depan dan lampu kenderaan mestilah berfungsi dengan baik
Aspek kedua berkaitan langkah yang perlu diambil oleh pemandu ketika meredah
jalan yang dinaiki air, Iaitu:-
1.
Beri laluan kepada kenderaan berat dan anggarkan
ketinggian air yang diredah dengan melihat had tinggi tayar
2.
Sekiranya paras air dibawah satu kaki, pemanduan boleh
dilakukan tetapi pemandu perlu memendu secara perlahan. Ini bagi mengelakkan
percikkan air membasahi injin khususnya bahagian sistem penyalaan
3.
Elakkan memendu laju kerana ia boleh menyebabkan bahagian
injin dibasahi air dan pengguna jalanraya lain, khususnya penunggang motosikal
dan pejalan kaki terkena tempias atau percikkan
4.
Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan terus memendu
laju kerana sistem brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek
yang basah. Bagi mengatasi masaalah ini ada beberapa panduan yang boleh
dipraktikkan iaitu:
- Gunakan gear 1 dan 2 bagi kenderaan menggunakan
sistem gear manual dan gear 1 bagi sistem automatik
- Tekan pedal brek serentak dengan pedal minyak
bagi menghasilkan kepanasan pada permukaan brek
- Bagi kenderaan pacuan 4 roda, gear automatik sama
seperti gear manual. Hadkan kelajuan antara 5 hingga 15 kmj dan jarakkan
kenderaan anda dengan kenderaan dihadapan. Proses ini akan mengeringkan
permukaan brek
- Uji tindakkan diatas berulangkali pada jarak 20
hingga 30 meter sahaja
- Uji sistem brek pada kelajuan 20 kmj
- Sekiranya brek gagal berfungsi, ulangi proses
diatas. Selepas itu uji lagi sistem brek sehingga prestasinya memuaskan
sebelum memandu laju
Sumber Maklumat:
http://www.kereta2u.blogdrive.com/archive/1.html .
|