Anda Di Sini : Laman Utama > Berita > Tips! - Melintas Jalan

Nasihatilah Anak Anda

  • Wahai orang dewasa, ibubapa, abang-abang dan kakak-kakak - adik-adik kita perlukan perlindungan anda.
  • Seseorang kanak-kanak melintas jalan hampir tidak boleh dilihat oleh para pemandu. Makin kecil kanak-kanak itu, makin sukar untuk diperhatikan ketika di jalan raya.
  • Jangan sekali-kali membiarkan anak kecil melintas jalan seorang diri. Perasaan takut mungkin menyebabkan mereka berlari lintang pukang melintas jalan.
  • Sesebuah kereta yang hanya bergerak pada kelajuan 30 km/jam pun mungkin tidak sempat berhenti. Jadi pimpinlah tangan kanak-kanak dan bantu mereka melintas jalan raya.
  • Tindakan mudah itu mungkin dapat mengelakkan kemalangan dan menyelamatkan nyawa seseorang kanak-kanak yang tidak berdosa.

 

Sumber Maklumat: http://www.panducermat.org.my/

© Copyright Fieldcon.org 2008 All Right Reserved.
Powered By eZ Find Solution
We have English Chinese Melayu Version