Anda Di Sini : Laman Utama > Berita > Tips! - Garis Panduan Pengguna Jalan Raya Dalam Situasi Jerebu
Pasangkan
lampu
Pasangkan lampu kecil apabila jarak penglihatan turun daripada paras biasa.
Pasangkan lampu utama apabila jarak penglihatan turun secara mendadak. Jangan
gunakan lampu tinggi kerana jerebu membalikkan cahaya dan akan memburukkan
keadaan.
Kurangkan
kelajuan
Perlahankan kenderaan supaya sempat berhenti apabila berlaku kecemasan.
Jaga jarak
antara kenderaan
Pemandu harus mengekalkan jarak yang selamat antara
kenderaan di hadapan supaya mempunyai ruang yang mencukupi untuk berhenti
sekiranya ada situasi merbahaya di hadapan.
Jangan
berhenti di tepi jalan
Berhenti di tempat yang disediakan seperti di perhentian atau kawasan rehat dan
rawat. Pasangkan lampu kecil untuk keselamatan.
Berhati-hati
apabila mengambil simpang atau memotong kenderaan
Pasang lampu isyarat dan pastikan ianya selamat sebelum masuk ke simpang atau
memotong kenderaan.
Kenderaan
rosak
Berhenti di tempat yang tidak menghalang lalulintas. Hubungi pihak lebuh raya
atau polis supaya ianya dapat ditarik ke kawasan yang selamat dengan segera.
Warga emas
Warga emas dinasihatkan tidak memandu dalam keadaan
jerebu.
Pengumuman
trafik di radio dan paparan iklan elektronik
Pemandu dinasihatkan agar mendengar pengumuman trafik di radio dan juga mesej
di paparan iklan elektronik untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung
keadaan trafik di kawasan yang dilalui.
Peringatan
khas untuk pengguna motosikal
Selain daripada panduan di atas, pengguna motosikal
dinasihatkan supaya memakai pakaian yang bewarna cerah dan topi keledar yang
mempunyai pelekat bersinar bagi meningkatkan kebolehlihatan serta memakai
penutup muka.
Peringatan
kepada pengguna motokar
Jangan pasang lampu kecemasan (hazard light) semasa
memandu kerana ianya mengelirukan pemandu lain. Lampu kecemasan hanya digunakan
apabila kenderaan BERHENTI di tepi jalan semasa berlaku kecemasan.