Anda Di Sini : Laman Utama > Berita > Tips! - Langkah-Langkah Keselamatan Jalanraya Sempena Perayaan
Langkah-Langkah
Berhati-hati Ketika Memandu Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri Dan Perayaan
Deepavali
Pengguna - pengguna jalan raya adalah dinasihatkan supaya lebih berhati hati
ketika memandu untuk pulang ke kampung sempena menyambut Hari Raya dan
Deepavali . Pengguna - pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi hadlaju
dan bersabar ketika memandu . Mereka juga hendaklah memastikan kenderaan mereka
dalam keadaan baik umpamanya brek , tayar , lampu dan sebagainya sebelum
memulakan perjalanan yang jauh .
Mereka hendaklah berhenti untuk berehat seketika
di tempat-tempat persinggahan yang disediakan jika terlalu letih dan mengantuk
. Disamping itu beberapa langkah telah diambil oleh JKR bagi meningkatkan tahap
keselamatan jalan raya kepada pengguna pengguna sempena perayaan yang akan tiba
.
Melaksanakan Program Pembaikan Kos Rendah ke atas
lokasi lokasi kawasan jalan raya merbahaya yang telah dikenalpasti .
Program ini melibatkan pemasangan papan tanda , pembaikan persimpangan ,
mengecat semula garisan jalan dan lain-lain lagi . Kesemua lokasi terlibat
adalah seperti di Lampiran A
Aktiviti pembinaan di jalan raya diberhentikan
agar tidak mengganggu aliran trafik ketika musim perayaan . Papan tanda
amaran dan 'blinker' akan dilletakkan dikawasan pembinaan untuk memberi
amaran kepada pengguna jalan raya . Papan tanda tunjuk arah akan
diletakkan ditempat-tempat yang sesuai bagi membantu pengguana-pengguna
jalanraya melalui dan melepasi kawasan pembinaan tersebut
Kawasan yang berpotensi mengalami cerun runtuh ,
pihak JKR Negeri / Syarikat Konsesi diarah meletakkan papan tanda amaran
yang mencukupi dan pengawasan berterusan dilakukan sepanjang musim
perayaan .
Menjalankan rondaaan ke atas semua jalan bagi
mengenal pasti kerosakan atau kawasan yang berisiko tinggi .
Seterusnya adalah diharapkan tindakan-tindakan yang diambil oleh Jabatan Kerja
Raya akan dapat mengurangkan kemalangan jalanraya semasa musim perayaan .