Anda Di Sini : Laman Utama > Berita > Tips! - Prihatin Pengguna Jalan Raya Yang Lain
Sebagai seorang pemandu, anda perlu sentiasa prihatin
kepada pengguna jalan raya yang lain seperti pejalan kaki, pemandu motosikal
dan pemandu basikal. Ada
pemandu yang menganggap bahawa mereka lah raja di jalan raya dan tidak prihatin
kepada pejalan kaki dan penunggang basikal dan motosikal. Perbuatan begini
bukan sahaja tidak sopan malah membahayakan diri sendiri dan mereka.
Berikut adalah panduan bagaimana anda boleh menjadikan jalan raya tempat yang
selamat untuk semua:
Pejalan kaki:
1.Beri laluan
kepada pejalan kaki
2.Pandu dengan
berhati-hati apabila melepasi kawasan sekolah kerana pelajar sekolah suka
bermain di tepi jalan
3.Prihatin kepada
kanak-kanak, orang kurang upaya dan orang tua kerana mereka mungkin tidak
nampak kedatangan kereta anda
4.Sentiasa memberi
laluan kepada pejalan kaki yang menhampiri atau berdiri di jalur lintas,
berhentikan kereta untuk mereka melintas. Jangan sekali-kali memecut atau
menekan petrol untuk menakutkan mereka.
5.Sentiasa
berhati-hati apabila memandu di kawasan pusat membeli-belah kerana biasanya
pejalan kaki melintas jalan berkumpulan.
Penunggang Motorsikal:
1.Sentiasa
berwaspada dengan penunggang motorsikal semasa memandu. Pastikan anda sentiasa
melihat titik kabur untuk melihat kedudukan mereka dengan lebih jelas.
Sebaiknya, and menoleh ke belakang untuk kepastian.
2.Berwaspadalah
kepada penunggang yang menunggang keluar masuk lorong sesuka hati kerana arah
tuju yang tidak menentu.
3.Berhati-hati
ketika di persimpangan jalan kerana penunggang motorsikal boleh muncul dengan
tiba-tiba dan anda mungkin tidak menyedari kedatangan mereka.
4.Jangan memecut
apabila ada penunggang motorsikal yang cuba memotong anda.
5.Sentiasa
berwaspada apabila penunggang motorsikal cuba mengelak lubang atau halangan
di jalan raya.
6.Penunggang
Basikal:
7.Pastikan anda
menjarakkan kereta sekurang-kurangnya 6 kaki apabila melepasi penunggang
basikal untuk mengelakkan mereka dari terkena pergolakan udara yang dihasilkan
oleh kereta anda.
8.Berwaspada
setiap kali penunggang basikal cuba
mengelak lubang di jalan raya.
9.Sentiasa
berwaspada dengan kehadiran penunggang basikal di persimpangan jalan.
Sumber Maklumat:
http://www.itis.com.my/itis/driving-tips-rd-courtesy-3-bm.jsp.