Anda Di Sini : Laman Utama > Berita > Tips! - Tayar pecah ketika memandu atau lampu kereta terpadam?
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberikan dua panduan
untuk membantu anda sekiranya menghadapi masalah ketika tayar pecah dan masalah
lampu hadapan kenderaan terpadam.
Tayar
pecah
1.Jika tayar
belakang pecah kenderaan tidak stabil iaitu membelok ke kiri dan ke kanan oleh
itu anda perlu pegang stereng dengan erat serta brek perlahan-lahan dan
berhati-hati;
2.Naik ke atas
bahu jalan perlahan-lahan di kawasan rata dan selamat untuk menukar tayar.
3.Nyalakan lampu
kecemasan atau letakkan alat kecemasan yang lain supaya pemandu kenderaan lain,
mengetahui ada kecemasan di hadapan.
4.Lampu hadapan
kenderaan terpadam
5.Jika lampu
hadapan kenderaan terpadam, pegang stereng untuk meluruskan arah pergerakan
kenderaan dan brek segera tanpa menyebabkan kenderaan terbabas;
6.Kemudian naik ke
atas bahu, jalan jauh dari aliran lalu lintas dan hentikan kenderaan dengan
segera;
7.Nyalakan lampu
kecemasan dan anda digalakkan menggunakan alat kecemasan untuk memberi amaran
kepada pengguna jalan raya yang lain supaya lebih berhati-hati.